Abjad Aksara Gurmukh

Konsonan

Abjad Gurmukhi mengandungi 35 huruf yang berbeza. Tiga huruf pertama adalah unik kerana membentuk asas untuk vokal, oleh itu bukan konsonan. Huruf Ura dan Iri tidak ditulis secara bersendirian. Sila rujuk bahagian vokal untuk keterangan lanjut.

NamaSebutanNamaSebutanNamaSebutanNamaSebutanNamaSebutan
UraAiraIriSussaSaHahaHa
KakkaKaKhukhaKhaGuggaGaGhuggaGhaUnggaNga
ChuchaaCaChhuchhaChaJujjaJaJhujjaJhaNeyaNya
TainkaTtaThuthaTthaDuddaDdaDhuddaDdhaNahnhaNna
TuttaTaThuthaThaDudaDaDhudaDhaNunnaNa
PuppaPaPhuphaPhaBubbaBaBhubbaBhaMummaMa
YaiyyaYaRaraRaLallaLaVavaVaRharhaRha

Selain itu, terdapat enam lagi huruf konsonan yang dibentuk dengan membubuh titik (bindi) di tapak (pair) huruf konsonan (huruf-huruf berkenaan tiada dalam kitab Sri Guru Granth Sahib):

NamaSebutan
ਸ਼Sussay pair bindiSha
ਖ਼Khukhay pair bindiKhha
ਗ਼Guggay pair bindiGhha
ਜ਼Jujjay pair bindiZa
ਫ਼Phuphay pair bindiFa
ਲ਼Lallay pair bindiLla

Lallay pair bindi baru sahaja disertakan dalam abjad Gurmukhi.

Vokal

Tulisan Gurmukhi serupa konsepnya dengan semua tulisan-tulisan berketurunan Brahmi yang lain, oleh itu kesemua konsonan diikuti oleh bunyi vokal ‘a’ bawaan (kecuali di akhir kata di mana bunyi ‘a’ itu digugurkan). Bunyi vokal bawaan ini boleh diubah dengan menggunakan tanda vokal bersandar yang dihubungkan dengan huruf konsonan pembawan. Ada kalanya, tanda vokal bersandar tidak boleh dipakai, misalnya di awal kata atau suku kata, oleh itu huruf vokal tak bersandar dipakai.

Huruf vokal tak bersandar dibentuk dari tiga aksara pembawa, iaitu Ura (ੳ), Aira (ਅ) and Iri (ੲ). Huruf Aira apabila ditulis begitu sahaja mewakili bunyi 'a', tetapi dua huruf yang lain itu tidak digunakan tanpa tanda vokal.

VokalNamaIPA
Tak bersandarBersandardengan /k/HurufUnicode
(tiada)MuktaA[ə]
ਕਾKannaAA[ɑ]
ਿਕਿSihariI[ɪ]
ਕੀBihariII[i]
ਕੁOnkarU[ʊ]
ਕੂDulankarUU[u]
ਕੇLavanEE[e]
ਕੈDulavanAI[æ]
ਕੋHoraOO[o]
ਕੌKanoraAU[ɔ]

Tulisan Gurmkhi sentiasa dibaca dari kiri ke kanan, dan bunyi vokal sentiasa disebut selepas konsonan yang dipaut. Oleh itu, bunyi Sihari walaupun terletak di kiri huruf konsonan namun harus disebut selepas konsonan tersebut.

Contoh vokal

PerkataanTranskripsiErti
ਆਲੂālūubi kentang
ਦਿਲdiljantung
ਗਾਂlembu